Tuesday, December 31, 2013

Banjir di sekitar Daerah Bau :: Alhamdulillah terselamat dari Musibah

Pada 29 Disember 2013, sehari selepas aku ke Pasar Serikin, fenomena banjir telah melanda beberapa kawasan di Daerah Bau.
Antaranya simpang tiga ni, simpang yang merupakan jalan utama menuju ke kampung Serasot, Skibang, Sebobok, Stass, Bogag, Duyoh dan Serikin. Kawasan ini merupakan kasawan Hot banjir. (Kerap dilanda banjir) Lihat tingginya paras air yang naik.
Antara gambar-gambar kawasan banjir.
Aku pergi serikin sabtu tu pun kejap hujan kejap hujan. Nasib baik tak BAH masa tu gak. Kalau tak silap-silap aku pun terkandas. Naya woo boleh terkandas flight. Harap mereka yang menjadi mangsa banjir ni hadapi dengan tabah. Bagi yang tidak dapat balik ke kampung, yang sangkut kat jalan semoga bersabar dan berhati-hati. Tunggu sampai air surut baru teruskan perjalanan. Menurut sumber hari ni pun masih hujan dan banjir belum surut lagi.


Credit kepada gambar Anni Mitin posted on Serasot Online Facebook Page.

4 comments: