Saturday, December 21, 2013

Resepi Lamb Chop :: Mudah dan Sedap

Resepi ni aku reka sendiri je. Sangat mudah pernyediannya tidak perlu senjata sulit untuk ramuannya. Telus belaka. Mudah didapati di gedung pasaraya mahupun kedai runcit.

Bahan-bahan:
1. Lamb Shoulder
2. Seasoning sos
3. Blackpaper sos.
4. Minyak masak atau Majerin atau olive oil  (untuk bakar time)

Langkah-langkah penyediaan:
1. Keluarkan daging yang masih beku
2. Bersihkan daging
3. Gaulkan kedua-dua sos pada daging. Secukup rasa.
4. Perapkan daging.

Tempoh perapan daging, ikut suka. Lagi lama lagi sedap kot. Aku perap kejap je. Sejam dua jugakla.

Bakar time.
Kalau sapa-sapa reti bakar guna oven sila gunakan oven. Tapi yang tidak ada oven jangan risau. Korang cari la bekas macam ni. Ni gambar bawah ni untuk kedai burger punya.
Tapi aku beli yang kecik sikit muat untuk letak atas dapur gas. Kalau besar skit pun tak apa lebih la kuantiti boleh bakar. Memang tempat khas untuk bakar-bakar.
Panaskan tempat bakar ni dan sapulah majerin ker, minyak masak ker atau olive oil ker. Lepas tu letaklah daging perapan tadi tu. Sila perlahankan api dan jaga dengan sempurna. Takut hangit nanti. Brapa minit tu korang agak la sendiri. Lain portion lain minit dia. Tebal ker nipis, api kuat ker api kecik. Haa jangan sampai hangit sudah.
Haa tudia hasilnya. Apa macam? Belum make up lagi ni. Kalau letak fries, letak salad ker, coleslaw ker.. Pasti lebih menyelerakan. Ok lah selamat mencuba.

3 comments: