Sunday, December 8, 2013

The Big Bad Wolf Book Sale at MIECC The Mines


Hari ni bersantai bersama keluarga kat MIECC The Mines sempena The Big Bad Wolf Book Sale. Karnival berlangsung dari 6-15 Disember 2013, 24 jam tanpa henti. Wow dasyat betul. Macam ni pergi tengah malam pergi baru aman nak memilih. Hahaha. Perghh ramai giler manusia kat sini. Buku pun banyak dah macam semut dah orang kat sini. The World's Biggest Book Sale katakan..Tengoklah betapa ramainya..
Ada macam-macam sudut, kanak-kanak, orang dewasa, hobi, business, travel, cookery, photografi, novel dan lain-lain lagi. Murah-murah plak tu rambang mata nengoknyer..
Telatah anak-anak sedang memilih buku. Tengah galakkan minat membaca. Bukan senang kalau tak kena gayanya. Biarlah mereka pilih nak buku apa mereka suka.
 
Inilah hasil tangkapan hari ni. Aku punya buku paling atas skali. Hahaha. Ada lagi ni yang wife aku punya tak masuk dalam lensa. Macam tak puas je nak jalan. Next time pulak lah. Bye

*Food court ada cukup sekadar nak lapik perut.

1 comment: