Friday, December 6, 2013

Uluwatu BALI trip, Indonesia PART I

Bulan Jun yang lalu, aku join free trip ramai-ramai dengan Alegria Corporation (produk Dr.Sukida) ke Bali Indonesia. Dah berbulan-bulan dah berlalu baru nak update. Takpe la tak basi lagi. Bali bukan boleh abis pun. Ramai yang plan nak ke sana kan. So aku nak cerita sikit pasal trip aku. Penerbangan kami menggunakan MAS ke bali sejauh 1187.50 kilometer dan mengambil masa hampir 3 jam.

Sampai di lapangan terbang Ngurah Rai, kami terus ke jamuan tengahari di  restoran Pondok Tempo Doeloe yang menyajikan masakan Indonesia. Antara restoran terkenal di Kuta, Bali.
Antara menu special kat sini, Ikan Terbang goreng (Ikan Cianjur).. Memang sedap memang rangup sehingga menjilat jari. Lol..


Selepas makan kami ke tempat penginapan kami di Gran Whiz Hotel, Kuta Bali. Klik website untuk rujukan. Hotel sangat selesa, bilik memang cun. Lepas makan korang tau la, ngantuk. Rasa macam nak tido je. Tapi rugi la pergi tempat orang nak tido je. Okey settle merehatkan badan aktiviti seterusnya kami ke destinasi yang pertama.

Uluwatu Bali.


Kami dikehendaki memakai kain berwarna Kuning atau Ungu pada badan sebelum masuk ke kawasan tersebut. Tujuannya aku tak pasti. Mungkin adat dorang kat sana kot.
Serius pemandangan dalam kat sini memang terbaek. Slalu aku tengok kat tv or dalam majalah je. Ini tengok real. Tebing tinggi tu. Time ni tengah hujan gerimis dengan angin kuat. Cuaca kat sini sejuk.
Salah satu temple yang ada kat Uluwatu. Tak sempat nak snap banyak-banyak, Hujan dah mula nak lebat. Haa, sebelum nak masuk ke sini, AWAS binatang ini. Monyet / Beruk ini sedang memerhatikan anda. Ia amat alergic kepada pengguna kacamata (spek mata). Sila buka kacamata anda. Kalau tidak anda mungkin jadi mangsa mereka. Tak percaya? Cuba try test..
Okeh settle dah part Uluwatu, dalam perjalanan balik ke Hotel, kami sempat lagi merakam gambar kat tugu Pecatu Indah Resort. Kebanyakkan tugu-tugu dibali ni ada kisahnya tersendiri.
Okeh, Nanti aku update lagi part seterusnya. Meh PART II

2 comments: