The Barong and The Keris Dance - merupakan lokasi seterusnya dalam Trip Bali dan ulasan aku di sini tak banyak mungkin gambar aku boleh menerangkannya. Okeh, kat sini kami dipersembahkan dengan sebuah tarian yang mengasyikan. Tarian tradisi orang Bali. Disebalik tarian itu tersembunyi mitos-mitos zaman dahulu kala mengikut kepercayaan kaum Bali.
Antara penonton-penonton yang datang menyaksikan persembahan ini. Ada yang dari luar negara dan ada juga orang tempatan contohnya dari Jakarta. Haha aku pun dari luar negara. Mat Salleh pun ramai.
Tempat mereka memainkan alat-alat muzik traditional mereka sepanjang persembahan.
Barong adalah makhluk seperti singa dan watak dalam mitologi Bali, Indonesia. Beliau adalah raja roh, pemimpin tentera yang baik, dan musuh Rangda, ratu iblis itu dan ibu segala guarders semangat dalam tradisi mitos di Bali. Pertempuran antara Barong dan Rangda dipaparkan dalam tarian Barong untuk mewakili peperangan kekal antara baik dan jahat. - sumber Google
Antara-antara persembahan mereka. Berserta aksi yang agak mengerikan dengan menikan keris pada badan mereka namun tidak lut.
Setiap negara pasti ada mitos masing-masing. Percaya atau tidak itu hak masing-masing. Kena concentrate kalau tengok cerita mereka ni. Takut tak faham.
Selepas persembahan berduyun-duyun penonton nak bergambar dengan Barong. Free of charge. Settle citer pasal The Barong and the Keris Dance. Jangan lupa berfoto dengan penyambut tamu. Comel bangat.. :)
Tak abis lagi trip.. sambung kat PART III wokeh!!
saya tak berapa suka show ini..entahlah..
ReplyDeletemungkin kita tak faham the real story. lagipun mereka gunakan pure bahasa mereka.
Delete