Sunday, January 19, 2014

Railway Tourism | Konsep Pakej Pelancongan Pertama di Malaysia

 
Tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai program-program telah dirancang bagi menyambut tamu dari serata dunia merasai serta melihat keindahan, kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Juga merupakan program National Blue Ocean Strategies(NBOS). Antara pihak yang bertanggungjawab mengemudi Tahun Melawat Malaysia 2014 ni semesti Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Sinonimnya kita sering mendengar melancong je mesti menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat seperti menaiki kereta atau bas. Jadi aku nak share kelainan pengalaman aku melancong menaiki keretapi.

Railway Tourism Packages Brochure
Pada 10 Januari 2014, berlangsung pelancaran program Pakej perlancongan berkoncepkan melancong menggunakan keretapi (Railway Tour) dan juga merupakan konsep pakej yang pertama dalam Malaysia. Agensi yang terlibat melaksanakan program ini ialah Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) dan juga Keretapi Tanah Melayu Berhad
Pelancaran yang berlangsung di KL Sentral disempurnakan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia dan disaksikan oleh Pengerusi RTAM, Puan Khadijah Abd Rahman. Pelancaran turut dihadiri oleh kumpulan media-media, blogger, pelancong dan ramai lagi.

Electric Train Service -ETS
Program Railway Tour ini dimulakan dengan pakej Homestay di sekitar Perak Darul Ridzuan, iaitu Homestay Kg. Beng, Homestay Gopeng dan Homestay Bukit Gantang. Perjalanan dari KL Sentral menaiki ETS atau Electric Train Service yang dimiliki sepenuhnya oleh KTMB. ETS memiliki kelajuan maksimum sehingga 140 km/j dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Terminal Ipoh dari KL Sentral. ETS dilengakapi dengan cafe, tempat duduk yang selesa dengan ruang tempat letak barang yang luas, plug pin untuk charging, juga dilengkapi dengan tandas separa automatik dan yang paling utama ETS juga ada pramugara dan pramugari. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ktm.com.my atau klik untuk semak ETS Train Timetable
 
Inilah kami sebagai blogger yang tidak sabar-sabar untuk beraksi dalam program Homestay ni. Bersedia untuk merasai pengalaman menaiki ETS sampai ke Ipoh seterusnya ke Homestay. Menteri YB Dato' Seri sendiri turut menaiki ETS. Pengalaman menaiki train bersama menteri tidak mungkin dapat dilupakan. Bukan senang nak jumpa menteri naik train.

Sidang media bersama Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di Terminal IPOH
Setiba di Terminal Ipoh, sidang media diaadakan. Ucapan sendiri oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz.

Majlis Perasmian Brosur Pakej Perlancongan Keretapi Peringkat Negeri Perak
Selepas persidangan dibuat, Dato' Seri terus ke Majlis Perasmian Brosur Pakej Perlancongan Keretapi Peringkat Negeri Perak bagi menyempurnakan progam tersebut.

Selesai program perasmian, program ini turut dimeriahkan dengan konsert dari artis undangan seperti Mus May, Najwa Latif, Ronnie Hyper Act dan lain-lain. Kira-kira jam 11 malam kami semua menaiki bas dan bersedia bertolak ke lokasi Homestay.

Okeh nanti aku cerita pengalaman di Homestay Kg. Beng. Apapun korang boleh baca juga
 pengalaman perjalanan ke Homestay Kg. Beng

2 comments: