Wednesday, January 22, 2014

Railway Tourism | Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan masakan, tengok bangsa cukup la, kat Malaysia saja dah ada berpuluh suku kaum. Macam-macam tradisi dan budaya kan. Okey, apa yang aku nak story ni pasal makanan dan masakan. Baru-baru ni Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz telah melancarkan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014, Perak. Kat lenggong ni saja dah ada pelbagai jenis masakan. Kome aje.. Yang turut berada di Pesta ni Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. 
 Sidang media serta pelancaran "Buku Masakan Tradisional Lenggong"
 
Kelihatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ditemuramah di radio tempatan Perak.Fm (Untuk Kome Aje) Kome aje tau.. Kamek tidak..
Haa, tengok ko Jah, macam macam lauk gitu. Pening nak bedal mana satu. Memang terbaik, ikan pekasam, daging salai masak lemak, siput sedut, daging masak umbut pisang, ada sambal tempoyak, ulam-ulaman, ada kerabu, nak sebut pun tak ingat banyak sangat.

Lemang juga tidak dilupakan, tak yah tunggu raya kalau nak merasa. Datang je ke lenggong pasti ada.
Stesen buah, perghhhh licin, langsat, durian, rambutan, cempedak dan lain lain. Durian tu kupas sebiji tak sampai seminit settle. wakakaka..
Antara urusetia yang terlibat menghidang makanan kat sini. Serba merah gitu.

Pengujung tidak putus-putus datang menikmati masakan dan hidangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.

"LENGGONG - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bercadang untuk menetapkan satu tarikh khusus penganjuran Pesta Makanan Tradisional Lenggong pada setiap tahun bagi memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi pesta itu.
Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat agensi pelancongan bagi menggalakkan lagi jumlah kehadiran orang ramai ke pesta berkenaan." 
-petikan dari akbar KOSMO 10.1.2014

Jika cadangan ini diluluskan maka setiap tahun akan diadakan Pesta Makanan Tradisional di Lenggong. Makan free kome yer. Secara tidak langsung menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah Pesta ni bakal memantapkan lagi Pakej Perlancongan menggunakan Keretapi oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM). Menarik menarik.. Jom melancong...........

kredit pic.. www.Yanty.com

4 comments:

  1. Huhuhu... kempunan nak mkn ratusan menu kat situ...

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak rasa kebebe...huhuuu

    ReplyDelete
  3. banyaknye lauk-pauk kat pic tu.. tp kureng skit la.. lauk fevret Nurul takde.. Kangkung masak sambal.. hihi :)

    ReplyDelete