Friday, February 7, 2014

Bidan Terjun | Jadi Tukang Paip

Aku bukanlah tukang paip a.k.a plumber. Pengalaman untuk buat kerja plumber ngan paip-paip ni memang takde. Setakat tolong hulur batang paip kat ayah tu ada ler. Tu pun dulu-dulu punya cerita. Alkisahnya aku ada satu vending mesin air sewa kat satu kedai ni. Hos paip mesin aku selalu bocor, maka tuan punya kedai selalu complain sebab kalau nak tutup paip supply ke mesin aku tu kena tutup kat pili utama. Sebab berkongsi kepala paip. Kalau pili utama ditutup maka dengan kedai dia juga tak dapat air. Setiap kali dia nak pakai air kena buka pili utama. Leceh..

Tengok gambar ni. Macam mana tak kena tutup pili utama. Air yang supply kat mesin aku ni kepala dah patah dan loose plak tu. So terpaksa la tuan punya kedai tutup buka tutup buka pili utama. Aku terpaksa buat inisiatif lain. Nak panggil plumber perkara kecik ni pun makan ratus jangan main-main. Dia punya spare part memang mahal. So try la pasang sendiri. Inilah hasilnya.....
 
Haa, kan senang lepas ni kalau apa-apa berlaku kat hos tu, tuan kedai tutup je pili ni. Tak ganggu pun dia punya. Kemas sekali aku buat. Jimat kos upah. Tapi kos spare part memang mahal RM50++... 

Notakaki : Cubalah buat sesuatu dengan usaha sendiri sebelum meminta pertolongan orang lain.

7 comments: