Monday, March 3, 2014

Kids Rock Climbing Putrajaya | Aliah & Akif tunjuk aksi

 Jerebu datang lagi, pasti banyak aktiviti lasak korang dah tertangguh. Tapi... takkan nak perap je dalam rumahkan. Kalau yang suka dok rumah tu takpe la. Mengelak lagi bagus dari mengubat. Bagi yang nak jugak beraktiviti lasak, aku suggest kat korang satu pot Indoor baik punya untuk riadah. Tak kena jerebu punya... tak semesti time jerebu je..Jom Indoor Rock Wall Climbing Complex,  kat Taman Cabaran, Putrajaya (Challenge Park) Persint 5, Putrajaya. Apa yang menariknya, kat sini ada Kids Rock Climbing Room. Wow selalu dengar rock climbing untuk orang dewasa je. Untuk kanak kanak pun ada? Semalam aku bawa anak-anak aku ke sini la. Ni yang aku nak cerita sebenarnya.. Heheh... Seronok bawa dorang main kat sini. Sapa ada anak-anak bawah 10 tahun boleh la bawa, free je bawah 10 tahun. Leh lepak-lepak layan anak panjat wall. Seronok betul tengok dorang panjat. Jom layan Akif Danish & Aliah panjat...
Anak babah ni memang kuat panjat! Minat superhero katakan..
Cubaan Kakak Aliah untuk menawan puncak...
Kemain leh usha bawah lagi... Macam aksi Spiderman....


Seronok la dapat sampai atas yer.. tapi yang ni difficulty medium....

Rock Wall Climbing 
Yang ni baru betul-betul lasak dan mencabar, aku sampai sini tak jadi nak main. Cuak pulak nengok dinding tinggi-tinggi. Lain kali boleh la try. Huhu.. Layan jela orang lain panjat..


Melangut tengok ke atass.. Haha...

Sempat lagi Akif panjat yang ni..

Korang yang nak ke sini boleh refer info bawah ni, dengan map ada bawah skali.



How to get to Putrajaya Challenge Park
creditmap pic - malaysia-traveller

3 comments:

  1. haa... bagus... ada detail... sng nak refer lps ni klau nak ke sini...

    ReplyDelete
  2. wow..complete detail..yess,hobi terbaru sy selepas hiking..

    ReplyDelete