Friday, July 31, 2015

Kenapa Suntikan BCG wajib ?

Sehari selepas kelahiran, 31 julai 2015, nurse bagi suntikan BCG kat baby Aisy.. Suntikan wajib vaksin imunisasi. Nurse injek kat sebelah bahu kiri baby Aisy.. Tengok jarum tu aku plak cuak. Haha.. baby Aisy ni bukan tau ape, kena suntik nangis kejap je, lepas injek tak nangis dah. Kuat yer anak babah ni.
***Tick tu tanda dah bagi suntikan. 

Kenapa perlu suntikan BCG?

BCG | Bacille Calmette Guerin adalah vaksin untuk melawan penyakit batuk kering. Vaksin BCG ini menggunakan bakteria Mycobacterium bovis yang telah dilemahkan. Bakteria yang telah dilemahkan ini akan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi.

Vaksin BCG ini dilaporkan berkesan sehingga 80% untuk mencegah penyakit TB terutamanya TB selaput otak (TB Meningitis) atau TB sistemik ( Miliary TB).

Ooo yeker.. bahaya betul penyakit ni kan. Memang elok la dapat suntikan BCG ni. 

Okeh dah selesai injek. Baby Aisy diserah kat mama dia dah buat kali pertama untuk dijaga. Masa ni masih kat wad lagi la. Gagah jugak la mama jaga baby Aisy walaupun bekas operation cesarean tu masih sakit.

Thursday, July 30, 2015

Hari paling mendebarkan | Menanti kehadiran baby

30 Julai 2015, 8.40 pagi. Wife di transfer ke OT (operation theater ) untuk cesarean tingkat 1 HUKM . Aku teman wife masa on the ke OT. Aku sebenarnya gigil tapi wat-wat takde apa-apa. Bukan ape ni cesarean kali ke-3. Last anak kedua pada februari 2009. 6 tahun dah jarak. 
Aku hanya dibenarkan ikut sampai ke pintu ni je. Menunggu di luar ni. Tak dibenarkan masuk ke dalam. Takpe la, kat luar pun ok la. Dengan henpon aku yang low ni, takde pulak plug kat luar ni. Risau la nanti tak dapat nak update adik bradik dan keluarga nak tau dah bersalin ke belum.
Jam pukul 9.45 pagi masih senyap je. Giler tak nerves, ketaq lutut dok kat luar sorang-sorang. 

10.40 pagi cam tu baru dapat tengok wife keluar dari OT. Eh mana baby? Rupanya baby dah bawa naik atas awal lagi. Lebih kurang dua jam gak tunggu. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, semua selamat. Wife dengan baby selamat. Maka lahirlah anak ke-3 kami.  
Im a Boy 
Tarikh lahir : 30/7/2015
Jam : 09:52
Berat : 2.69kg
Terima kasih yang mendoakan kami. 

Hepatitis B (done injection) 30/7/2015

Wednesday, July 29, 2015

Persediaan Cesarean | Anak yang ke-3

Anak yang pertama & kedua lahir melalui proses Cesarean ( pembedahan ) so yang ke-3 ni doktor telah putuskan untuk kaedah sama jugak Cesarean. Kenapa tak boleh normal? Doktor cakap ada risiko kalau cuba normal. Tapi kalau Cesarean  pun ada juga risiko. Mana-mana pun ada risiko. Hanya doktor yang tau. 
Kalau tak silap masa kandungan 8 bulan hari tu, doktor dah buat temujanji dan tetapkan tarikh untuk Cesarean pada 30 Julai 2015. Hari ni 29 Julai 2015 masuk wad. So kami dah buat persediaan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Bawa baju isteri dan anak. Pagi tadi dalam pukul 10 pagi pergi ke kaunter daftar bersalin dan terus warded. Pukul 12 tengahmalam ni akan mula puasa, takleh makan atau minum. Esok pagi dijangka Cesarean pukul 9.00 pagi. Itu pun jika hospital tiada kes kecemasan. 

Doakan semoga segalanya dipermudahkan. Doakan semoga isteri dan bayi sihat & selamat. InsyaAllah, Amin..

Sunday, July 26, 2015

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera REVIEW

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
Akhirnya dapat jugak sambar sebiji camera ni. Walaupun sebenarnya aku berkenan kat GOPRO tapi nak beli GOPRO tak mampu. So kena cari yang mampu milik. Atas misi pencarian dengan Pakcik google, aku bertemu dengan SJCAM. Semakin digoogle semakin banyak pulak camera jenis ni dijumpai, berbagai-bagai jenama dan model sampai naik pening nak pilih jenama apa. Bukan kata nak memilih tapi pasal banyak yang klon. Jenama saja buat aku pening, ada MaxGear, SJCAM, FIST, Sunsky dan lain-lain lagi. Belum masuk model pulak, SJ4000, SJ5000, SJ5000+, SJ6000. Arghh pening!! 
Berbulan-bulan aku riki camera ni, sampai pernah jumpa harga yang paling murah bawah RM200. Macam pelik pun ada, muskyil pun ada. Takkan murah gitu. Ni yang buat aku risau takut kualiti macam mana pulak kan.. Riki punya riki, akhirnya aku nekad untuk beli SJCAM SJ5000 WIFI. Antara kenapa aku pilih yang ni. 

1. Brand - SJCAM (nampak logo bawah lens tu) Tak semua model SJ ada logo ni. Perhati betul-betul dan bandingkan harga dengan yang tak ada SJCAM. Camera nampak sama tapi tak serupa.
2. Model SJ5000 WIFI 
SJ5000 ni 14Megapixel camera, Display skrin 2", dan ada WIFI ( sync terus dengan henpon) Hanya download App "SJCAM" saja. 
3. Harga
Mula-mula aku fikirkan pasal harga, nak cari yang murah-murah je. Tapi bila terlalu murah tu aku tengok macam ada benda yang tak kena. Kalau berduit tu aku cadangkan baik beli GOPRO terus. SJCAM 5000 WIFI ni aku dapat harga murah dari dealer. Murah sangat tu taklah, mahal sangat pun tak jugak. Korang boleh google bandingkan harga, model sama tapi tiada logo SJCAM. Pasti nampak perbezaannya. Yang aku beli ni pun aku tak gerenti kesahihannya tapi kalau ada masalah masih boleh cari SJCAM waranty berbanding yang takde logo langsung. 

Antara testimonial gambar & video yang aku capture masa raya. 

Gambar (tiada edit cuma dikecikkan saiz saja untuk upload blog)



Video bawah ni (Memang tak edit langsung pasal tak jumpa software edit lagi) haha.. Kena upload kat youtube dulu baru boleh share. Hehe.. Masa ni aku tengah bakar | ayam masak dalam buluh.
Nampaknya youtube dah compress video aku. Nampak macam kurang clear. Kalau preview dari komputer memang sangat clear dan mantap.  Try tengok video bawah ni pulak. 
Korang boleh play ke tak aku pun tak sure. Upload jela, kalau nasib baik boleh la korang tengok hasilnya. Kalau tak boleh tengok, aku cuma cakap aku puas hati la dengan SJCAM SJ5000 setakat ni.  Belum test lagi untuk kegunaan lasak. Nanti-nanti aku test aku upload lagi. Chow dulu..

Saturday, July 25, 2015

Lagu theme Nikon | Radical Face - Welcome Home

Korang pernah tak tengok iklan Nikon. Korang nak tau tak lagu latar tu sapa nyanyi. Baru ni tengah gigih dengar youtube, aku google la theme lagu Nikon so ni la hasilnya. 


Radical Face | Welcome Home 
Radical Face | Welcome Home 
Lebih kurang 22,824,065 (22 juta ++) pengunjung yang dah tonton klip ni. Korang dah tengok ke belum. Layan, pasti ada yang terpikat nanti dengan lagu ni atau pun dengan Radical Face ni. Lagu-lagu dia pun agak menarik, cool dan relax
Lirik kat bawah ni.. (lirik je agak complicated nak faham) Haha layan...
WELCOME HOME | RADICAL FACE
Sleep don't visit, so I choke on sun, and the days blur into one
And the backs of my eyes hum with things I've never done

Sheets are swaying from an old clothesline
Like a row of captured ghosts over old dead grass
Was never much, but we've made the most
Welcome home

Ships are launching from my chest
Some have names but most do not
If you find one, please let me know what piece I've lost

Peel the scars from off my back
I don't need them anymore
You can throw them out or keep them in your mason jars
I've come home

All my nightmares escape my head
Bar the door, please don't let them in
You were never supposed to leave
Now my head's splitting at the seams
And I don't know if I can

Here, beneath my lungs
I feel your thumbs
Press into my skin again

Thursday, July 23, 2015

Kempen Kesedaran Pemanduan Berhemah | SAFE MODE KIDS WAZE MAXIS

Sekarang ni kalau pergi bercuti dalam dan luar negeri, berjalan-jalan ker, merantau dari satu destinasi ke satu destinasi lain dah bukan jadi penghalang dah. Tak risau sesat dah. Segalanya di hujung jari je. Korang pasti tau WAZE kan. Haa, dengan waze, InsyaAllah tak sesat. Aku perhatikan semua lapisan masyarakat tua ke muda ker semua guna WAZE. Dah jadi trend sekarang dah, bila tak tau jalan or alamat, automatik dorang cakap "waze je". Okeh yang aku nak sampaikan satu kempen hasil koloborasi antara WAZE (milik Google) dengan Maxis yang berjudul "Safe Mode Kids". 



Apa itu Safe Mode Kids?

Satu kajian telah dibuat, menunjukkan 97% pemanduan selamat bila ada anak-anak / kanak-kanak turut berada di dalam kenderaan. Kempen ni dikhususnya untuk yang dah berkeluarga. Yelahkan kalau satu keluarga tu bawa bersama anak-anak dalam sebuah kereta sudah tentu pemanduan akan lebih berhati-hati. Takkan nak rempit jugak kan. Jadi apa yang membimbangkan apabila pemanduan berseorang itu, tanpa anak-anak pasti hemah pemanduan tu dah berkurang. Betul tak? Nak laju tu main tekan je pedal minyak tu. Maka WAZE dan MAXIS telah membuat satu langkah yang aku rasa agak menarik dan kreatif bagi alerts sikit kepada parents ni tadi supaya sentiasa berhemah dalam pemanduan mereka. Projek Safe Mode Kids, menggunakan suara kanak-kanak dalam WAZE. Owh, macam mana tu? Okeh selalunya korang dengar kat WAZE tu suara orang dewasa kan, paling slalu aku dengar suara Mat Salleh/Minah Salleh je. Jadi projek ni, kita akan dengar suara budak-budak pulak. Wah macam kiut je, serius kreatif. Sambil guna petunjuk arah waze, parents akan dengar suara budak-budak/ anak-anak ni, dengan secara tak langsung mereka membayangkan ada anak-anak bersama. Pemanduan pun akan sentiasa berhemah dan berhati-hati, ingat orang tersayang.

Macam best je kan. Macam mana nak turn on Safe Mode (suara anak-anak) ini pulak? Mudah je. Jom ikut langkah-langkah kat bawah ni. Yang belum ada Waze tu, pastikan korang download dulu. Yang dah ada tu boleh buka terus Waze:

1) Download/buka Waze
2) Pilih Settings

3) Klik  Sound 
4) Pilih Voice Language
5) Pilih “English (US) – Safe Mode with Kids” (powered by Maxis)



Mudah je kan. Klik gambar ni bagi besar sikit. 

Jom sama-sama kita turn on kan Safe Mode ni. Semoga pemanduan kita sentiasa lebih berhati-hati dan berhemah. Boleh tengok youtube bawah ni, semasa projek dihasilkan. 

Kiut je anak-anak ni ketika proses merakam suara-suara dorang. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.maxis.com.my/safemode

Friday, July 10, 2015

LEGO Istana Bukit Serene MINILAND | THEME PARK LEGOLAND MALAYSIA

13 Jun 2015, LEGOLAND® Malaysia Resort telah memperkenalkan satu bangunan lego baru dalam miniland iaitu LEGO Istana Bukit Serene. Lego Istana Bukit Serene ni merupakan bangunan terbaru yang diletakan dalam miniland yang juga merupakan satu bangunan simbolik dan ikonik Negeri Johor.  Fuh aku baru saja pergi ke JB baru-baru ni sempat singgah di Laman Mahkota Istana Bukit Serene yang sebenar. Dah kuar satu bangunan lego kat miniland. Dengan keluasan 155.824 meter persegi dan sejumlah 278,023 bongkah lego telah digunakan untuk menyiapkan bangunan ini. Fuhh banyak tu, agak-agak brapa orang plak yang susunkan lego-lego ni.

Dalam satu majlis khas ni, turut dihadiri Baginda, DYMM Sultan Johor.
Teruja betul tengok hasil Legoland ni. Macam real je.
Sememangnya berbaloi kalau pergi ke Taman Tema Legoland ni. Bukan takat indoor outdoor game je menarik, Lego miniland ni jugak antara salah satu daya tarikan yang menarik. Kalau ada kesempatan lain hari nak jugak aku repeat. Korang kalau nak pergi sini boleh check kat website www.legoland.com.my

Baca pengalaman aku sepanjang di LEGOLAND MALAYSIA.

Lagu terapi minda Sada Borneo | Guitar SAPE

Aku mungkin tak kenal sapa dan kewujudan kumpulan Sada borneo ni. Hanya selepas aku tengok kemunculan dalam Asia's Got Talent baru tau kumpulan ni. Walaupun tak menang tapi aku terpikat dengan musik dorang ni. Ala-ala terapi minda.. Hilang kejap stress bila dengar musik dorang ni.. Jom layankan.. 

Sada Borneo Keeps Traditional Music Alive | Asia’s Got Talent Episode 4


Sada Borneo Brings Back Relaxing Sounds of Borneo | Asia’s Got Talent Semis 3

Sada Borneo - Hallan Hashim and Friends (Official Music Video)
SAPE
Gitar tradisional yang korang tengok ni dinamakan SAPE dan berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Biasa yang main sape ni orang Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Hebat-hebat dorang main alat ni. Sape diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti. Nak try datang la kat Sarawak. Pergi kat Kampung Budaya Sarawak. Situ ada macam-macam. 

Tahniah Sada Borneo upkan alat musik tradisional. Semoga usaha korang makin maju. Kipidap & Dongibab.. Proud to be Sarawakian..

Thursday, July 9, 2015

Dapat Duit Raya dari Nuffnang

Alhamdulillah, dapat duit raya dari nuffnang. Walaupun tak banyak, lepas la duit tol pergi balik.. Boleh la guna duit untuk belanja benda lain. Aku rasa dah bertahun gak kumpul duit nuffnang ni. 
Yela blog cabuk gini memang lambat la naiknya. Pelan-pelan kayuh orang kata. Rezeki nuffnang datang bukan perlu kerja keras pun. Sambil berblog duit masuk. Kasi semangat kat orang baru-baru ni. Tapi kena ingat bukan berblog untuk dapat duit takut kecewa incomenya lambat. Berblog ni jadikan hobi dan minat, baru tahan lama. Nak bertahan dalam berblogging ni kena perlu ada ketabahan. Yang baru-baru nak blogging ni, cari komuniti, join aktiviti. Macam aku join #kelabbloggerbenashaari , kat sini ramai otai-otai yang boleh bagi tips, bagi dorongan, tak tau apa tanya je. Pasti ada jawapannya.. Chayokk sama-sama berusaha..

Yang nak try ads nuffnang ni klik sini. Www.nuffnang.com.my

Tuesday, July 7, 2015

Tumpang glamor 'terselit' dalam blog gosip retis | Beautifulnara

Fuh hari ni dapat 3,4 mesej dari member bagitau aku masuk blog retis. Haha terkejut kejap aku. Ada gossip apakah? Ooo rupanya masuk blog Beautifulnara yang pasal pertandingan 'makeover' John Master hari tu. Haha tumpang glamor kejap. Jadi model John Master.. Ngee...

Bro Nara selaku team leader pada hari 'makeover'. Kacak bergaya..

Fuhh gambar possing pakai minyak rambut tu....(macam ensem je) Haha... larikkkss... Pandai ambik angle cameraman ni. Nampak sangat candid. Nak baca lanjut boleh cekidaut artikel Beautifulnara John Master.

#throwback fesyen show hari tu boleh baca Redscarz John Master 

Kredit pic dan printskrin dari Beautifulnara.com

Sunday, July 5, 2015

Buka puasa di Dapur Sarawak Putrajaya

Selalunya mesti ada soalan nak berbuka apa hari ni? kat mana nak buka? nak masak ke? Tetiba semalam aku dah set nak berbuka kat Pesta Ramadan Putrajaya | Dataran Perbadanan PutrajayaDah kenapa aku tiba-tiba nak buka kat sini. Haa, ni gara-gara kawan aku FizaFantagir0 ni la. Dok tayang di makan laksa sarawak kat facebook dia. Geram nengoknya.. Dia cakap ada gerai Dapur Sarawak buka kat sini sepanjang Ramadan ni. Aku apalagi terus mengidam la, tekak orang sarawak katakan. Dah hari ke brapa dah baru tau. Hehe. Zassss...
Sarawak Kitchen | Dapur Sarawak
Lokasi belakang Menara Gerbang Perbadanan tu.. (sebelah kiri) Kalau dari main road cari la bangunan yang ada Maybank. Dekat dah tu....Okeh, antara menu-menu yang ada kat gerai Dapur Sarawak ni. Mee Kolok, Laksa Sarawak, Mee Belacan dan Mee Jawa dan Teh C Special.
Jom tengok aku berbuka dengan apa semalam.. 
Mee Kolok
Fuhh my all time favourite noodle mee kolok. Aku lebih suka makan kering, digaul dengan kicap cili yang dia bagi tu. OMG marvellos, menggamit nostalgia bila memakannya. Haha. Terasa kat negeri sendiri. Teruknya bermadah. Haha
Laksa Sarawak
Next aku makan laksa Sarawak. Wah ini makan ke apa. Nomnomnom sedappnyer.. Mee kolok sebungkus mana cukup. Dah alang-alang datang rasa dua-dua. Yang gambar atas ni sebelum dituang kuah lagi, gambar dah berkuah semalam blur pulak. Tangan ketor tak sabar nak makan. Haha..
Teh C Special (Original Sarawak Gula Apong)
Minuman aku? Semestinya Teh C peng (3 layer) faourite aku dari dulu lagi. Gambar ni yang aku tapau semalam. Dah kacau gula apong dia. Sedapp..
Ni la alkisahnya main gamble je datang. Terpaksa berbuka ala-ala berkelah gitu. Tak tau pulak situasi crowded gini. Datang lambat abis semua meja kerusi dah kena book. Tapi aku ok je, seronok berbuka santai-santai gini, janji dapat makan mee kolok. Haha. Anak-anak pun ok je. Shhhh ni nak bisik sikit. "Aku siap tapau sebungkus lagi mee kolok".. Haha K la.. Terliur plak mengarang ni.
*Tips berguna
Pastikan dalam bonet sentiasa ada tikar.

Mee kolok sedap di KL [baca sini]

Friday, July 3, 2015

Dobi layan diri membazir? | Self Service Laundry

3 atau 4 kali dah aku menggunakan perkhidmatan Dobi layan diri ni. Memang agak kekok la mula-mula, segan pun ada, time ramai orang tengah guna pastu aku yang beginner ni datang nak basuh baju. Baca manual satu-satu, haha. Tapi aku berjaya menggunakan perkhidmatan ni dalam keadaan try and error. Sekarang dah boleh la guna dengan confident.
Self Service Laundry
So berbalik kepada persoalan tajuk entri ni. "Dobi layan diri membazir?" Membazir apa? Duit? Masa? Tenaga? Jom tengok kadar bayaran yang dikenakan dulu. Untuk mesin basuh, RM11 untuk 25kg, RM6.50 untuk 15kg dan RM5 untuk 10kg. Okeh pada pendapat aku la, dari segi duit nampak macam mahal sikit tapi kalau dari segi masa & tenaga memang sangat menjimatkan. Bayangkan korang cuma perlukan masa kurang sejam untuk basuh dan keringkan. Kering sampai boleh lipat terus!.. Testimonial aku, guna mesin basuh Rm6.50 =15kg (27minit) lepas tu aku pergi mesin dryer, gambar bawah ni. RM4.50 (23minit) so total RM11.00 (50minit) Basuh dengan siap kering. 


Mesin Dryer
Baju dah kering, SIAP untuk dilipat!! Jimat masa. Kalau nak lagi jimat duit, basuh kat rumah pastu pergi dryer je. Bukan malas nak basuh dan sidai kat rumah tapi tempat sidai agak terhad. Tau la dok apartment ni, ruang sidai ciput je. Lepas tu kalau time kerja, hujan turun ker ribut ker takde sapa nak tolong angkatkan. Dah baju-baju ni lembap balik. Lambat kering. Tapi takde la hari-hari aku nak hadap mesin dobi ni. Jika perlu dan terpaksa. Nak guna biar kita nampak mesin ni"value for money". Banyak lagi kelebihan dan kekurangannya.. Korang try dulu baru judge. Okeh.. daaaaa...

Thursday, July 2, 2015

John Master Malaysia Fashion Show | KL SOGO

Baru-baru ni John Master Malaysia buat fesyen show contest  kat KL@SOGO. Aku sebagai peserta! Huh nak percaya ke tak? Macam tak percaya je kan.. Fesyen yang bertemakan #johnmasterconfidenman . Apapun aku ucap terima kasih dulu la kat bro Nara @ BeautifulNara bagi peluang kat aku join John Master Malaysia fashion show ni. Thank you Ujang rekemen kan haha.. 
15 peserta yang join dibahagi pada 3 team dibawah Beautifulnara, Budiey dan Namee. Mereka bertiga akan 'makeover' peserta ini dengan menggayakan pakaian John Master. So aku team dengan Nara. Walaupun 15 orang je join tapi tengok semua sangat bergaya. Harung aje la. 
Pakaian semua ditaja oleh John Master. Pilih je nak mana satu nak pakai. Tshirt ada, kemeja ada, khakis, slack. Yang menariknya baju dan seluar yang dipilih ni ambik terus. Free of charge!! Wahh bestnyer. Pening gak mula-mula nak cari. Nak pakai mana satu. So inilah pilihan aku.
Antara aksi catwalk aku. Rugi tak rakam. Mesti lawak giler. Tak pernah-pernah buat catwalk ni. Ni la pengalaman pertama aku buat fesyen show. 


Antara gambar-gambar pada hari kejadian.. 
SEBELUM
(Kumpulan Nara)

SELEPAS
(Fitting dengan pakaian John Master)

Bro Nara @ BeautifulNara





Group photo
Lastly keputusan contest diumumkan. Sah bukan milik aku. Sapa yang menang? Tengok kat group photo. Yang pegang nombor tu mereka-merekalah pemenang. Tahniah mereka-mereka ni memang confidenmanlah dorang ni. Kecewa ? Sikit arr.. Hahaha.. Apapun dah dapat baju & seluar free pun jadilah. Dapat pakai raya nanti. Jimat blanja. Ini lah pengalaman pertama jadi model fesyen. Ngee...