13 Jun 2015, LEGOLAND® Malaysia Resort telah memperkenalkan satu bangunan lego baru dalam miniland iaitu LEGO Istana Bukit Serene. Lego Istana Bukit Serene ni merupakan bangunan terbaru yang diletakan dalam miniland yang juga merupakan satu bangunan simbolik dan ikonik Negeri Johor. Fuh aku baru saja pergi ke JB baru-baru ni sempat singgah di Laman Mahkota Istana Bukit Serene yang sebenar. Dah kuar satu bangunan lego kat miniland. Dengan keluasan 155.824 meter persegi dan sejumlah 278,023 bongkah lego telah digunakan untuk menyiapkan bangunan ini. Fuhh banyak tu, agak-agak brapa orang plak yang susunkan lego-lego ni.
Dalam satu majlis khas ni, turut dihadiri Baginda, DYMM Sultan Johor.
Teruja betul tengok hasil Legoland ni. Macam real je.
Sememangnya berbaloi kalau pergi ke Taman Tema Legoland ni. Bukan takat indoor outdoor game je menarik, Lego miniland ni jugak antara salah satu daya tarikan yang menarik. Kalau ada kesempatan lain hari nak jugak aku repeat. Korang kalau nak pergi sini boleh check kat website www.legoland.com.my
Baca pengalaman aku sepanjang di LEGOLAND MALAYSIA.
Cantikkk ... cam real je :D
ReplyDeletetu la menarik dan kreatif..
Deletecomel je tengok.. bilalah dapat jejak kaki kat Legoland ni
ReplyDeletepergi la, rugi tak gi..
Delete