Fuhh dah lama giler tak datang sini. Dulu-dulu masa dok penang kat sini la tempat aku selalu makan. Takde la hari-hari tapi dalam sebulan tu mesti ada. Kalau tak sarapan, aku makan tengahari. Nasi putih ayam madu. Haha ingat lagi menu favourite.
Kalau datang ke Penang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar | Nasi Kandaq | Nasi Mamak, aku mula-mula menapak di Penang tahun 2001. Makanan pertama aku makan kat Penang ialah Nasi Kandar dan aku tak tau pun itu nasi kandar. Aku cuma tau nasi berlauk je. Masa tu kat Nasi Kandar kat Pearl View Hotel, Seberang Perai. Kat sarawak langsung tak pernah dengar Nasi Kandar. Semenjak dari tu la aku terjebak dan minat nasi kandar. Begitu lah #flashback #throwback aku.
Dan.. sebab tu la aku lebih suka nasi kandar Penang berbanding dengan nasi kandar KL.
Perghhh.. Lega dapat makan nasi kandar. Walaupun tak dapat Nasi kandar Line Clear dengan Nasi Kandar Beratur.. Meh nak list restoran nasi kandar kat penang yang aku masih ingat :-
Senarai Nasi Kandar kat Penang
1. Nasi Kandar Kayu,
2. Nasi Kandar Line Clear,
3. Nasi Kandar Beratur,
4. Nasi Kandar Pelita,
5. Nasi Kandar Subaidah,
6. Nasi Kandar Kassim Mustapa,
7. Nasi Kandar Makbul,
8. Nasi Kandar Kapitan,
9. Nasi Kandar Raheem,
10. Nasi Kandar Pokok Ketapang
...dan lain-lain lagi..
List ni semua aku pernah pergi.. Dari breakfast sampai ke supper. Pilih je nak mana satu. Cukup la tu, memang nampak dah aku peminat nasi kandar. Dah dah melalut pulak kisah Nasi Kandar Kayu. Haha dah jadi versi throwback.
Maka begitulah tamat outstation aku 4 hari 3 malam di Pulau Pinang. Dapat la 4 lokasi tempat makan best kat penang yang sempat aku pergi. Nasib baik la cuaca jerebu kalau tak mungkin ada port lain lagi?
4 tempat menarik tu KLIK SINI
No comments:
Post a Comment