Sunday, February 21, 2016

Dari Kabinet dinding jadi almari bawah | Capita Leg IKEA

Mood deko datang kembali. Aku bukannya minat sangat bab-bab deko ni. Tapi kalau datang rajinnya aku buat gak. Haha.. Hari ni aku nak modified kabinet dinding jadi almari bawah. Ini semua idea wife. Ala-ala IKEA HACK. Aku tolong buatkan je. Tengok gambar asal bawah ni.
Kabinet dinding ni dah lama tergantung kat sini. (bukan product IKEA) Saja nak buka kasi luas sikit. Sebelum buka dan bawa turun kabinet ni, pastikan beli la dulu apa yang patut. Aku nak buat almari bawah, takkan nak letak macam tu je atas lantai. Takut rosak tapak dia, silap-silap berair nanti. Jadi kenalah ada kaki. Maka kena la cari kakinya. Di mana? Hmm orang pompuan ni, dia nak modified dia la kena cari bahannya. Jawabnya IKEA la...
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 8CM
Nah ni dia.. CAPITA LEG dari IKEA. Memang khas untuk buat kaki almari. 1 set ada 4 batang. 
Capita Leg IKEA
Untuk noted! CAPITA LEG ni ada dua saiz ketinggian, 8cm dan 16cm. Kalau beli 8cm rendah sangat. So kami prefer 16cm. So nanti almari nampak tinggi sikit. 
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 16CM
Capita Leg IKEA
CAPITA LEG IKEA 16CM
Dah selesai beli barang dah boleh pasang dah almari. Bawa turun kabinet dinding tu. Sebelum tu buka dulu pintu dan partition kat dalam kabinet tu. Berat ko, kalau tak buka. Tambah pulak kalau angkat sorang-sorang. Boleh sakit pinggang dibuatnya. Pastikan dahulu keselamatan diri. Dah bawa turun cari la kawasan yang luas sikit untuk bertukang. Tak susah mana pun. Pasang skru je pun. Gimik kena lebih. Bhaahahaha..
Haa jangan lupa terbalikan dulu kabinet tu. Kita nak buat kaki dia kan. Kang pasang kat atas naya je. Nampak berlubang je nanti bekas tebuk.. Kikiki..
Capita Leg IKEA
So ni la hasilnya selepas ditebuk dan diskru. Nasib baik ada drill. Mudah skit.Aku pasang ke dalam sikit sebab tak nak nanti tengah-tengah melengkung tak dapat menampung berat. Refer gambar bawah. Sapa takde drill kalau nak usha drill murah dan cordless boleh klik sini [drill murah]
Capita Leg IKEA
Siap dah 4 batang kaki aku pasang. Kalau nak lagi kukuh pasang lagi 2 kat tengah-tengah tu. Tapi kalau nak tambah 2 lagi tu kena beli lagi satu set CAPITA LEG. Takpela nanti-nanti la kalau setakat barang ringan je takpe kot.
Capita Leg IKEA
Maka kita terbalik kan ke posisi asal. Apa macam dah nampak macam almari bawah kan. Tak nampak macam kabinet dinding kan. Ok pasang pintu pulak.
Capita Leg IKEA
Tudia nampak menarik kan. Kombinasi produk biasa dihack dengan produk IKEA. Ini dipanggil Hack jugak ker? Haha belasah je la. 
Capita Leg IKEA
Last sekali pasang partition pulak. Siap!!!!! Dah boleh susun barang dah ni. Dari kabinet dinding jadi almari bawah. Apapun sekarang dalam dilema, nak letak kat mana almari ni? Semua sudut letak pun menarik. Letak sini cun, letak sana pun cun.. Alahai pening.. Ok la, selamat mencuba. Sapa-sapa yang rasa nak kelainan tu boleh la modified ya.. 

#ikeahack  #ikea  #capitaleg

3 comments:

  1. salam, nk tnye, lepas siap psg kabinet ni, seketul kabinet tu drill ke dinding ke?ke just letak mcmtu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kabinet ni bukan ikea punya. cuma tapak tu je. BTW saya ada satu single kabinet ikea, memang kena drill. Kabinet ni macam gantung kat skru tu nanti. Ada instruction dia. Yang penahan kat bawah tu saja letak. sbb tak konfiden sangat nak gantung begitu je. Kalau barang dalam tu ringan takpe la. Kalau barang berat2 risau gak.

      Delete
    2. Kalau tak silap dia akan bagi skru untuk lekat kat dinding. Biasanya skru kat atas kabinet (bahagian belakang) untuk tahan kabibet dengan dinding. Kukuh la gitu..

      Delete