Salam guys, siapa sini kaki wayang ?? Ada ? Guys, hari ni aku nak share kat korang semua the latest technology, evolusi menonton wayang di pawagam. Korang yang kaki wayang dan bukan kaki wayang lepas ni pasti teruja dengan evolusi baru ni. Bermula dari Silent Film ke Digital Movie kemudian 3D Movie kini terbaru iaitu 4DX Movie.
Apa itu 4DX ? 4DX bakal memberi pengalaman baru kepada penonton merasai aksi-aksi gegaran dan getaran dengan menggabungkan beberapa effect semasa menonton movie. Terdapat 20 effect berbeza, paling utama, tempat duduk berteknologi tinggi yang mampu bergerak-gerak seolah-olah kita naik roller coaster. Beberapa effect lain seperti, tiupan angin, water splash, rain drop, thunderstorm, lightning, snow, bubble, dan macam-macam lagi, seakan akan kita yang beraksi dalam movie tu.
4DX Movie ini diperkenalkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang merupakan 4DX yang pertama di Klang Valley. Kedua di Malaysia, yang pertama di GSC Paradigm Mall JB, Johor Bahru. Aku antara orang pertama yang menonton movie di 4DX ni dan movie pertama ditayangkan ialah BUMBLEBEE.
Jom tonton vlog, Apa itu 4DX dan pengalaman aku menyaksikan tayangan pertama 4DX Bumblebee di GSC 1 Utama. Daus Redscarz Channel
Pada 27 December 2018 berlangsung Launching 4DX di GSC 1 Utama.
Koh Mei Lee, Chief Executive Officer, Golden Screen Cinemas says "After introducing 4DX nearly a year ago at GSC Paradigm JB, we are proud and excited to announce that we are finally bringing this game-changing cinema offering to movie-goers in the Klang Valley, who have been anticipating its availability. "
Pengalaman aku sendiri yang menonton 4DX, memang puas hati. Gegaran dan getaran dalam movie dapat rasa. Aksi-aksi dalam Bumblebee movie memang banyak, semua effect dapat rasa. Kalau tengah aksi tu korang jangan pegang popcorn ok, kang bersembur kat penonton sebelah haha. Paling tak tahan, air pancut dari atas, boleh kebasahan oii.. Aku tak tau la kalau tengok 4DX Aquaman. Movie tu dalam air je kan. Silap silap macam kena pili bomba nanti haha (just kidding)
Korang sila terjah 4DX cinema ni, memang padu, memang puas hati. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata bak kata pengacara majlis. Kena rasa sendiri beb baru feel. Sekarang ni ada kat GSC Paradigm Mall JB & terbaru GSC 1 Utama saja. Apapun, menyusul tahun 2019 nanti dua buah lagi akan dibuka, GSC IOI City Mall, Putrajaya & GSC Southkey, Johor Bahru. Orang Putrajaya mesti syokk ni..
Sedikit info tentang 4DX
4DX pertama di dunia dilancarkan di Seoul, Korea pada 2009
4DX Features
Motion seat
Heave (Up & Down)
Roll (Left & Right)
Pitch ( Foward & Back)
Sway + Twist (Move Side to Side)
Tickler
Vibration
Face Air
Water
Scent
Bubble
Fog
Wind
Rain
Strobe
Snow
Rainstorm
Warm Air
Okeh guys itu saja sharing dari aku kali ni. Hope ada peluang lagi untuk sharing or review movies pada akan datang. Korang jangan lupa SUBSCRIBE channel youtube aku, video tentang vlog, parenting, family games, unboxing, food tasting & banyak lagi. Jumpa lagi.