Sunday, March 17, 2019

5 serum terbaik untuk merawat masalah jerawat dan jeragat

Assalamualaikum w.b.t,
Welcome to Daus Redscarz Blog (Jeng jeng jeng)

Apa khabar semua. Didoakan korang semua sihat-sihat semuanya. Hari ni aku nak share sedikit tips dapatkan kulit muka yang sihat dan flawless. Okeh sebelum aku mulakan bicara, aku nak tanya kat korang dulu, sapa ada masalah masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam, kulit berminyak dan lain-lain ? Antara punca masalah ni terjadi sebab pemakanan kita tidak seimbang dan ada juga gangguan-gangguan dari hormon yang tidak stabil. Kesannya kita kurang keyakinan, kelihatan kusam atau muka nampak tidak sihat. 

Bukan perempuan saja hadapi masalah ni, kaum lelaki pun sama gak. Sama macam aku. Muka berminyak dan jerawat. Masalah ni kena atasi dengan segera supaya tidak membebankan diri. Senang cerita aku pakai serum Dr. BEAU | Pure Natural Skin Oil | Teja Herbs. 
Kenapa aku pilih DR.BEAU ?
Mudah nak guna, wangi dan tidak melekit. Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa aku pilih DR.Beau ni. Serum ini mengandungi Vitamin E, vitamin yang baik untuk merawat kulit. 

Gabungan dari 6 natural oils semula jadi iaitu :-

  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Hasil dari gabungan herba-herba semulajadi ni, boleh kata semua masalah kulit boleh dirawat dengan menggunakan Dr. Beau ni. Hebat juga kandungan Dr. Beau ni. Memang patut la dipanggil pakar kulit, pakar jewarat dan jeragat. Antara top serum rawatan kulit muka. 

Selain dari kandungan yang luar biasa, ada lagi kelebihan Dr.Beau ni..
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia bukan setakat wanita je, satu keluarga boleh pakai, budak-budak pun boleh.
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Bau harum dan wangI semulajadi
  • Tidak melekit (yang ni aku suka, sebab tak melekit.)
  • Rasa segar dan nyaman
  • Sesuai untuk semua jenis kulit. 
Korang boleh tengok beberapa testimonial dari pengguna-pengguna DR.BEAU ni.

 Testinonial Dr.Beau Pure Natural Skin Oil - Teja Herbs
Nampak tak testimonial-testimonial ni. Banyak lagi sebenarnya kalau korang tengok kat website DR.BEAU ni. Video pun ada.

Meh aku tunjuk cara-cara penggunaan Dr. Beau

Nak guna serum DR.BEAU memang mudah sangat. Yang penting sekali muka kena bersihkan dulu. Keringkan muka, ambik sebiji Dr.Beau titiskan pada tapak tangan dan sapu pada muka atau kawasan yang sepatutnya. Setel haha. Mudahkan. Okeh, bagi kaum wanita ni, dorang nak guna bedak la, sunblock la, make up la, sapu je kat muka. Takde hal punya. Korang boleh tengok video tutorial mudah aku guna DR.BEAU.
atau korang visit www.youtube.com/dausredscarz
Mudah je kan. Wangi dan tak melekit. Okeh kalau korang nak tau lebih lanjut pasal serum DR.BEAU boleh layari link kat bawah ni.
Contact no : 0169633443

Tuesday, March 5, 2019

Book tiket penerbangan Singapore Kuala Lumpur dengan Traveloka

Assalamualaikum w.b.t, 



Welcome to Daus Redscarz Blog ! Jeng jeng jeng. 

Dah masuk bulan Mac 2019. Apa perkembangan terkini persiapan #RoadToUSS #DausRedscarzToUSS. Alhamdulillah tiket flight pergi dan balik dah book. Fuhh lega dapat setelkan 2 major part iaitu Penyediaan Passport dengan Ticket Flight. Kenapa pilih naik flight ? Walaupun kos menggunakan jalan darat lebih murah dan jimat. 

Okeh, sebenarnya aku memang ada terfikir nak guna jalan darat, drive dari Kuala Lumpur ke Johor kemudian masuk Singapura guna public transport. Semua kaedah aku dah fikirkan, termasuk la naik bas atau naik keretapi. Memang kos lebih murah dan jimat berbanding naik flight. Akan tetapi mental aku tak brapa kental sebab fikirkan dekat imigresen kena turun naik turun naik bawa anak-anak. Kalau ramai orang atau sesak macam mana nak handle. Aku masih tak boleh nak bayangkan. Aku ada baca 2,3 pengalaman orang lain travel guna jalan darat tapi still aku tak yakin lagi. Mindset aku barangkali. 

Jadi aku pilih naik flight. Bagi pendapat aku, pendapat aku ni bukan betul atau salah, check imigresen tetap ada cuma sekali saja sebelum boarding. Lepas tu terus je tu pintu gate. Isi form putih tu pun dalam flight (correct me if im wrong). Ada banyak masa nak completekan borang putih tu. Kalau dekat jalan darat, mungkin akan kalut sikit nak isi form. Risau anak-anak lari sana lari sini. Kalau ramai orang macam mana pulak agaknya. 

Sebenarnya naik flight pun tak mahal sangat kalau pandai pilih tarikh dan merancang. Matta Fair salah satunya event yang selalu dinantikan orang ramai, banyak pakej-pakej pelancongan, offer-offer melancong yang menarik ke pelbagai destinasi idaman. Akan tetapi Matta Fair promo ni kalau terlepas event dia melepas la haha. Tapi korang tak risau sangatlah kita gunakan cara-cara lain untuk dapatkan MATTA Fair 2019 seperti kemudahan website perbandingan harga flight ataupun hotel. Terus terang cakap, kita rakyat Malaysia yang bukan kaki melancong, bukan kaki travel ni, kita cuma tau ada 2 jenis flight je ada kat Malaysia ni. Airasia atau MAS saja. Kalau tak MAS, Airasia. Dua tu je kita tau. Sebenarnya banyak lagi jenis airlines yang kita boleh naik untuk ke destinasi yang dituju. 

Kalau pergi melancong ke luar negara fuhh nama airlines yang tak pernah dengar pun ada. Korang tau tak aku book flight aku guna website mana? Traveloka ! Tau kan?? Korang tau tak traveloka ni antara website yang membandingkan harga flight-flight. Kat situ la aku sedar betapa banyaknya airline yang kita boleh tempah untuk ke destinasi. Nak pergi singapore, selain dari MAS dan Airasia korang boleh book sama ada Lion Air, Jetstar Asia, Flyscoot, Silk Air, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, yang familiar Malindo dan banyak lagi. Macam-macam jumpa dalam tempoh perbandingan harga tiket penerbangan murah ni.


Selepas membandingkan harga di Traveloka, aku pegi masuk check website airline yang aku pilih tu, nak pastikan harga tu mahal ke murah. Ternyata ada perbezaan.

Haa ni la antara senarai- senarai perbandingan harga dan jadual waktu penerbangan mengikut tarikh yang dipilih.

dan lagi best ada emel coupon discount. Baru ni aku beli dapat rebate sehingga RM70 tu. Jimat-jimat.

Okeh ni total harga tiket flight untuk 6 orang. Airasia dari Singapore ke Kuala Lumpur. RM1518.38 Termasuk baggage 20kg x 2 orang. Murah ke mahal ? 6 orang tu. Itu kalau booking lagi awal mesti lagi murah. 
Check this out, guys. Jom usha Sale Abration Traveloka biar rambang mata. 

Orait ini saja sharing untuk kali ni. Korang jangan lupa SUBSCRIBE channel DAUS REDSCARZ ya, turn on notification untuk vlog-vlog terbaru dari kami.