Monday, April 13, 2020

Minat MU kerana jersey Manchester United Away 1993-1995 - Faiz Azrai

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat datang ke Daus Redscarz Blog. Kali ni aku nak share sikit nukilan seorang peminat setia Manchester United dan collector jersi tegar, saudara Faiz Azrai. Juga dikenali sebagai Otai Jersey. Mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas tentang jersi-jersi ni. Jom baca ulasan dari saudara Faiz.

Bagaimana saudara Faiz boleh meminati Manchester United, macam mana boleh terjebak dengan Manchester United?

Kalau orang tanya kenapa dulu kamu minat Manchester United (MU), mungkin ramai akan memberikan pendapat masing-masing yang berbeza tetapi bagi diri saya, antara pendorong paling utama waktu ini ketika saya memasuki alam persekolahan menengah (sekitar tahun 1993... masa baru Form One) yang mendorong saya meminati MU ialah kerana saya tertarik dengan design jersinya terutama sekali jersi hitam away 1993-1995 ini.
Apa yang menarik dengan jersi Manchester United Away 1993-1995 ni ?

Saya rasa inilah kali pertama mana-mana kelab atau pasukan dibenarkan memakai jersi away berwarna hitam kerana warna hitam selalunya hanya dibenarkan digunakan oleh jersi referee saja. Tapi dek kerana waktu itu Umbro merupakan penaja jersi referee EPL dan waktu tu jersi referee selalunya berwarna hijau jade, maka Umbro dengan beraninya mengeluarkan design jersi hitam emas ini.
Jersi ni pada saya cantik kerana penggunaan warna hitam dengan kuning keemasan dan sedikit hint warna biru. Kepintaran Umbro bermain warna pada jersi ini menjadikan jersi ini cantik di mata bukan kerana designnya tetapi kerana kombinasi warnanya.
Lebih-lebih lagi bila dipadankan dengan nameset berwarna kuning ala keemasan serta patches juara liga musim sebelumnya (“CHAMPIONS 1992-1993” atau “CHAMPIONS 1993-1994”) yang memiliki singa berwarna kuning keemasan menjadikan jersi ini semakin cantik dan menyerlah. Maka tidak hairanlah apabila ditanya bekas pemain MU seperti Ryan Giggs dan Andy Cole apakah jersi kegemaran mereka, mereka mengatakan jersi inilah menjadi kegemaran mereka di dalam interview majalah Inside United suatu ketika dahulu...

Ada kisah menarik tentang jersi ni ?
Credit Google Source
Belum lagi diceritakan kisah aksi “kungfu” Eric Cantona terhadap fan Crystal Palace, Matthew Simmons suatu ketika dahulu.. atau tindakan Eric Cantona memijak pemain Swindon Town, John Moncur suatu ketika dahulu... semuanya ketika memakai jersi hitam ini.. Dek kerana itu, pernah bekas pengadil EPL mengatakan MU akan dijangka beraksi lebih “keras” lagi kalau memakai jersi hitam away mereka. Apapun pada saya, jersi ni antara jersi terbaik yang Umbro pernah hasilkan untuk MU. Rindu rasanya dengan Umbro. The heart and soul of football.

*Lepas dah selesai touch up, jemur, basuh, seterika, gantung, tenung dan belai... terubat seketika kebosanan dek gara-gara PKP ni...

Begitulah nukilan khas dari seorang Otai Jersi Malaysia, Faiz Azrai. Kalau ada sapa-sapa ragu-ragu pasal jersi ori tak ori, matching patch ke nameset boleh roger-roger saudara Faiz. Semoga sharing ini dapat manfaat untuk mereka yang sehobi dengan saudara Faiz. 


Credit kepada saudara Faiz Azrai - https://www.facebook.com/faiz.azrai

No comments:

Post a Comment