Assalamualaikum w.b.t
Kali terakhir balik kampung (Kuching) bulan Disember 2019. Hampir 10 bulan tak dapat berjumpa keluarga aku. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak Mac 2020, aku langsung tidak berpeluang nak balik kampung. Sebenarnya aku dah bercadang nak balik kampung bulan Oktober 2020 ni apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan bulan Jun 2020 yang lepas. Aku pilih bulan Oktober sebab nak bagi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan norma baru, lagipun biarlah pandemik ni reda dulu. By the way aku juga dah beli tiket flight mak dengan adik aku datang berjalan ke KL awal bulan Oktober ni gak. Plan asalnya aku balik kampung, pastu bila balik KL dorang ikut aku sekali.
Tapi malangnya, pandemik Covid-19 spike balik awal bulan Oktober tu. Mak dengan adik aku terpaksa cancel tiket flight datang KL atas faktor risiko. Mujur aku tak beli tiket balik lagi. Kalau tak dah burn dua-dua tiket. Tak lama pastu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pulak diumumkan di Selangor, KL dan Putrajaya dengan Kerajaan negeri Sarawak pula mengetatkan kemasukkan ke dalam negeri dengan mewajibkan 14 hari kuarantin jika tiada urusan rasmi sepanjang Oktober 2020 (belum tahu sampai bila)
Selang beberapa hari kemudian, aku dapat surat arahan bertugas rasmi ke Kuching Sarawak. Mula-mula tu perasaan aku berbaur gembira dengan hati berdebar-debar. Sangat berdebar bukan apa, sebab banyak prosedur nak kena buat sebelum travel. Risau tak lepas. Aku risau jika tak dapat pengecualian kuarantin 14 hari. Selagi tak dapat pengecualian tu, selagi tu tak tenang. Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat, kalau dah jodoh, pandemik ke, PKPB ke dapat juga balik terbang ke Kuching. Antara prosedur-prosedur yang kena buat :
Prosedur kemasukan ke Negeri Sarawak | Sarawak Disaster Management Committee (SDMC)
1. Mengisi borang kebenaran merentas negeri dari balai polis berdekatan (Borang Kebenaran Polis) Attach sekali dengan surat arahan kerja, salinan kad pengenalan dan salinan ittenery flight.
2. Menjalani Covid Swab Test (3 hari sebelum penerbangan di Klinik Kesihatan atau Hosital Kerajaan) Surat result akan diberikan dan diambil dari klinik tersebut jika dah dipanggil. Surat ni valid 14 hari saja dari tarikh swab test.
Pastikan korang bawa semua borang-borang di atas semasa perjalanan. Surat polis tu pastikan tarikh pergi dan balik tu betul. Kalau salah tarikh tu mungkin satu hal pulak nak kena buat surat polis baru kat sana (Kuching).
Tiba di airport Kuching pasukan petugas khas Imigresen dengan Kementerian Kesihatan dah tunggu kat sana. Cuak gak sebab yang jaga tu tegas-tegas gak tu. Dorang akan semak borang Enter Sarawak dengan Ehealth Declaration tu. Mereka tu akan scan barcode kat borang tu. Dan isi beberapa maklumat secara online (mobile)
Aku dapat pengecualian kuarantin 14 hari atas tugas rasmi tapi dengan syarat kena buat swab test 3 hari sebelum kemasukkan ke Sarawak. Jika tiada urusan rasmi korang automatik dipasang gelang putih dan dibawa ke pusat Kuarantin. Berita baik untuk rakyat Sarawak, Kerajaan Sarawak akan tanggung segala perbelanjaan sepanjang kuarantin ni.
Selesai urusan di Airport, terus ke Hotel dan checkin.
6 HARI KEMUDIAN
Maka berakhirlah tugas di Kuching untuk kali ni. Masa untuk pula ke Kuala Lumpur, selang beberapa hari kemudian, aku juga telah jalankan swab test di Dewan Komuniti Kajang Utama. Alhamdulillah result negetif. Okaylah sampai disini coretan kali ni, semoga bertemu lagi di lain hari, semoga pandemik ni segera abis.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment