Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera gais, selamat datang ke blog Redscarz. Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua baik-baik saja dan semoga semua urusan kita dipermudahkan serta dimurahkan rezeki.
Gais,
Entri kali ni aku nak share kat korang, antara tempat-tempat makan yang menarik tapi jarang-jarang kita dengar di SABAH dan korang harus cuba. Baru ni aku travel ke Sabah atas urusan kerja, tapi dalam masa yang sama aku jadi food hunter haha. Memandangkan aku datang pun atas urusan kerja jadi hunting tu agak terhad. Apapun aku dapat hunting beberapa tempat makan yang famous kat Sabah.
Lokasi food hunting yang aku sempat terjah ni adalah sekitar Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Korang boleh usha-usha video kat bawah ni ya. Aku sertakan sikit deskripsi dan alamat lokasi. Alamat lokasi ni aku follow alamat kat google map. Kalau alamat tu silap mohon betulkan ya. Kalau ada-ada nak tambah deskripsi, silakan komen.
Food Hunter List & Link :
1. Kah Hiong Ngiu Chap Sandakan 2. The Hard Deck Hotel Elopura Sandakan 3. Kon Lou Mee Ayam Centre Point Kota Kinabalu 4. Bakso Senario Tawau 5. Dozo Nanyang Kopi House Tawau
***Rekod video pakai Insta360 One X2 dan Boya Wireless Mic ****
1. Kah Hiong Ngiu Chap, Sandakan Sabah.
Kah Hiong Ngiu Chap, Sandakan Sabah. Terletak di Lot 77 Bandar Utama Jalan Utara Ijm One Avenue 3 Sandakan. Kira-kira 5km dari Lapangan terbang Sandakan. Tempat famous masakan sup daging dan sup campur (perut, hati, limpa, meatball, urat, daging, stew) dengan pilihan mee. Kena sup panas-panas memang menyelerakan.
2. The Hard Deck Hotel Elopura, Sandakan Sabah
The Hard Deck kepunyaan Hotel Elopura Sandakan. Tempat makan ni menarik kerana lokasi dia tepi laut. Makan atas laut, berangin gais. Kat sini ada beberapa booth makanan yang buka di keliling tempat ni menjadikan tempat ni nampak meriah. Aku syorkan korang cuba kuey teow seafood. Bagi aku memang sedap. Terletak di pusat bandar Sandakan. Waktu operasi lebih kurang jam 5 petang sampai 10 malam. Orang ramai boleh je makan kat sini tidak terhad kepada pengunjung hotel saja. Kalau datang ke Sandakan, aku suggest korang stay kat Hotel Elopura. Sangat recommended. Harga pun berpatutan. Lokasi tepi laut, Mall dekat, market sandakan pun dekat. Jalan kaki je, memang best !
3. Kon Lou Mee Ayam Centre Point, Kota Kinabalu Sabah4. Bakso Senario, Tawau Sabah
5. Dozo Nanyang Kopi House, Tawau Sabah
Terima kasih membaca semoga ada manfaat untuk semua.
***Rekod video pakai Insta360 One X2 dan Boya Wireless Mic ****
There are many menu options and random eyes to order. If you look at the menu, Dozo has breakfast, lunch and dinner . I ordered the SUP SERIES set, a choice of sour soup with a lou mee cone with one side dish. I took the meat. You can add on chicken to shrimp and other options.That’s a great article! The neatly organized content is good to see. Can I quote a blog and write it on my blog? My blog has a variety of communities including these articles.
ReplyDeletemotorcycle accident attorney near me